TERIMA KASIH, CIKGU……

 

           Hari ini, iaitu  23 disember 2010, aku mendapat panggilan telefon dari pelajar…. Sedih juga timbul dihati ini kerana tidak mengetahui bahawa hari ini      merupakan keputusan PMR dikeluarkan… mungkin silap aku tidak mengambil tahu berita di TV3…   mungkin kesibukanku memikir proses pemindahan  sehingga keputusan yang memang aku harapkan tidak dapat aku berada bersama-sama anak didikku…yang menyebabkan aku rasa terkilan, pada hari sebelumnya iaitu 22 Disember 2010 aku masih berada di kuarters guru SMK Seri Kenangan…Terkilan yang teramat sangat.. Ini mungkin takdir yang telah ditetapkan oleh Allah kepadaku….. 

Semenjak hari itu, ramai pelajar yang mengucapkan :”terima kasih cikgu”. Antara pelajar yang mengucapkannya adalah farisha, kaiyisah, farah aina, ain hanani, zulzafri, adib, farah farhana, wan nurul aziera, hazirah, syafiq, ain amirah,natasha, emak kepada zaki dan emak faris azri…

Terima kasih di atas ingatan kalian semua kepada cikgu…

Leave a Comment

Your email address will not be published.