BINGKISAN BUAT ANAK MURIDKU


Assalammualaikumwarahmatullahhiwabaratuh……………………………

Salam ukhuwah fillah sebagai pembuka bicara…. Maaf dipinta  andai bingkisan ini mungkin tidak pernah diundang oleh anak muridku sekalian……Ini sekadar renungan dan muhasabah diri supaya kita sama-sama berubah untuk kehidupan yang lebih cemerlang di dunia    mahupun akhirat…..

Anakku sayang…
Kehidupanmu terlalu jauh, andai tersungkur…. Bangunlah dalam meniti hari-hari yang mendatang.. Jangan biarkan dirimu terus        tersungkur….Bukan mudah mengharungi kehidupan ini, ini perlukan persediaan yang rapi bukan hanya sekadar ilmu duniawi sahaja, tetapi ilmu ukhrawi  perlu dititikberatkan juga… Ilmu ukhrawi bukan sekadar kita hanya mendapat A dalam pendidikan islam, apa yang penting    perubahan diri kita ke arah yang lebih baik…..

Duhai anak muridku….
Hidup ini sering kali dititipkan dengan ujian, supaya kita tahu makna   bersyukur… mungkin Allah sedang mengujimu dengan      kecerdikan akal fikiranmu  dan kejayaan yang cemerlang di dalam       peperiksaan.. TETAPI adakah ilmu itu menyebabkan kita makin leka dan lalai dengan Tuhan yang menciptakan…. Kita angkuh dan       sombong dengan kepandaian yang diberikan…. Kita melakukan     maksiat tanpa rasa segan silu pada Pencipta kita….. Apatah lagi Tiada rasa segan silu pada guru dan rakan-rakan sekeliling…. Malah kita bangga dengan apa yang kita lakukan…. Seolah-olah tiada apa-apa  kesalahan yang kita lakukan…..Sedangkan di dalam Al-Quran telah tercatat “ Jangan dekati zina”.

Wahai muridku,
Ceriakanlah wajahmu dengan senyuman yang ikhlas…. riak wajah kalian meruntun pelbagai masalah yang tersirat dan tersurat…          Keceriaan wajah akan diperolehi dengan ketenangan jiwa…. Carilah  sahabat yang boleh memandumu ke arah mengingati Tuhan.. Ingatlah kata-kata “ Hanya dengan zikrullah hati menjadi tenang”

Wahai sayangku….
Belajar-belajarlah mengawal hawa nafsumu…. Jangan diikutkan sangat lodakkan hati yang membara dijiwa….. kami guru-guru hanya mengharapkan yang terbaik darimu.. Orang yang kuat, adalah mereka yang dapat mengawal hawa nafsunya…. Mungkin kamu                 menyangkakan padang rumput di sana lebih baik dari di sini tetapi ketahuilah  apa yang tercatat di dalam Al-quran “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu : Allah      mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah- 216)

Pelajar-pelajarku….
Perjuangan diri ini masih jauh lagi, tetapi diri ini masih perlu menguatkan diri, minda, hati nurani dan tubuh badan dalam    mengharungi badai kehidupan arena pendidikan yang makin         mencabar…. Doakanlah gurumu  ini, tabah menghadapinya, dan terus berjuang mendidik anak bangsa yang tercinta…….salam sayang, salam ukhuwah fillah….

Ikhlas,
Gurumu…

Leave a Comment

Your email address will not be published.