Hening sungguh pagi jumaat ini…. Seperti biasa ketika aku sampai di sekolah, pelajar-pelajar perempuan mahupun lelaki semuanya dalam perjalanan ke surau bagi mengikuti program Budaya Al-Quran..…. Riak wajah masing-masing seakan ceria….
7. 30 pagi, kami guru-guru bersama-sama ke surau bagi memeriahkan majlis ilmu tersebut…. Suasana agak nyaman… mungkin ada berita gembira yang bakal dinantikan oleh pelajar…
Ustaz memulakan majlis dengan bacaan Asmaul husna…. Mikrofon bertukar tangan…. Untuk kali pertama, Ustaz Kamal Hasan memberikan ceramahnya …Seingat aku, Ustaz Kamal Hasan adalah guru ganti bagi Ustazah Siti Khadijah yang cuti bersalin… beliau dikatakan pernah menjadi pengetua SMKA Segamat sebelum beliau bersara…aku ingin mengambil kesempatan untuk mendengar tazkirah yang ingin di sampaikan olehnya….kadang-kadang kami sebagai guru, perlu menimba ilmu dari orang lama….
Pada permulaan bicara, ustaz memulakan dengan 2 ayat Al-quran
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat Pedih.” (surah Ibrahim ayat 7)
110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
Melalui ayat tersebut, ustaz cuba mengaitkan dengan kehidupan pelajar SMK Seri Kenangan… Sebagai pelajar, mereka hendaklah bersyukur ditempatkan di SMK Seri kenangan, bukan mudah untuk belajar di sekolah ini… Tidak semua pelajar yang mendapar 5A UPSR boleh meneruskan pelajaran di sekolah ini… selain itu, tambah beliau lagi, pelajar-pelajar SMK Seri Kenangan adalah pelajar terpilih dan adalah sebaik-baik pelajar… Mereka perlu memanfaatkan peluang yang diberikan supaya tidak kufur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada mereka….
Ustaz meminta para pelajar supaya melakukan kebaikan sedangkan kita beriman kerana Allah akan menghidupkan mata, telinga, hidung, hati dan semua pancaindera kita…. Hidup yang dimaksudkan, ada hati boleh merasai( hati yang diperkatakan adalah hati nurani), ada mata tidak buta, ada telinga tidak tuli untuk melihat kebenaran…Berbanding dengan orang fasik….
Jika kita beriman, Allah memberikan kita penanda aras tentang kelakuan hidup kita di dunia ini…. Kita akan diberikan hidayah, barakah dan rahmat…
Ustaz cuba mengaitkan dengan pelajaran…Jika seseorang pelajar itu diberikan nikmat tersebut, maka mudahlah mereka untuk menerima ilmu yang diajar oleh guru, dan ilmu yang dipelajari akan memandu mereka kepada kebenaran…
Barakah pula, merujuk kepada hayatan taiyiban iaitu kehidupan yang baik… jika seseorang diberikan kehidupan yang baik, maka hidupnya akan selesa tanpa dibelenggu dengan masalah….
Rahmat Allah ini berupa upah dan ganjaran sepanjang apa yang kita lakukan bermungkinan kita akan mendapat apa yang setara yang kita lakukan dan jaminan kegemilangan melebihi apa yang kita sangkakan… sebagai contoh, usaha kita untuk mendapat yang terbaik dalam peperiksaan akan dimudahkan jika kita melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan…
Seterusnya, ustaz menerangkan mengenai Solat Dhuha…. Mungkin para pelajar menyangkakan solat dhuha hanya akan menambah beban kepada mereka tetapi jika dilihat kebaikan yang bakal diperolehi, maka hendaklah para pelajar melakukannya dengan ikhlas….. Kelebihan solat Dhuha ini, adalah memudahkan rezeki, rezeki bukan hanya merujuk pada makanan semata-mata… rezeki boleh dikategorikan akhlak yang baik, mudah untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan dimudahkan segala cabaran yang mendatang…. Selain itu, Solat Dhuha jua, dapat menghilangkan kefakiran dan menjauhi dari hati yang kehitaman….Mereka yang mengamalkan solat Dhuha, akan merasa takut untuk melakukan maksiat kepada Allah Taala…..
Moga-moga pelajar-pelajar SMK Seri kenangan akan melaksanakan solat Dhuha ini dengan iltizam ingin merubah diri ke arah kebaikan dan kejayaan…