Ya Allah Tuhan yang mengajar Ibrahim akan hikmat , ajarkan daku ,
Ya Allah yang mengajar Sulaiman akan kefahaman , berilah kefahaman kepadaku , maka Kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung , semua bertasbih bersama Daud .Dan Kamilah yang melakukannya .
Wahai Tuhan Sulaiman , juga wahai Tuhan Ibrahim , wahai Tuhan Musa dan Isa , wahai Tuhan Muhammad S.A.W. , selamatkanlah daku daripada kegelapan kejahilan dan lupa , dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya .
Ya Allah , tambahkan ilmu padaku dan anugerahkan kefahaman dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihi segala-galanya .
Ya Allah , anugerahkan daku cahaya dengan cahaya ilmuMu dan jauhkan daku daripada lupa dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya.
Ya Allah anugerahkan daku kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya . Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.