PERANAN WANITA ISLAM MENONGKAH ARUS KEHIDUPAN

Muslims girls of Malaysia, wearing the common ...
Image via Wikipedia

Assalammulaikum………………………Buat tatapan sahabiah sekalian terutamanya yang bernama wanita…….. Sebenarnya, apa yang kita lalui selama ini adalah takdir dari yang Esa………Wanita amat sinonim dengan segala permasalahan umat………..Wanita dikatakan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara.Tapi disebalik kejadian wanita itu, tersimpan banyak rahsia yang perlu kita selongkarkan…………….Wanita dikatakan sebagai perhiasan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah…….

Melalui sebuah hadis Rasullullah s.a.w yang bermaksud “ Berbuat baiklah terhadap wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk dan bahagian rusuk yang paling bengkok ialah yang di atas sekali. Jika kamu cuba meluruskannya kamu akan mematahkannya, jika dibiarkan sahaja tulang itu akan tetap bengkok. Maka berbuat baiklah terhadap wanita”

Kita yang bernama wanita, cabaran dan gaya hidup masa kini menuntut kita untuk turut turun padang bersama kaum lelaki, berganding bahu membasmi kemungkaran , terjun ke tengah masyarakat memenuhi tuntutan kehidupan.

Kita sebagai GURU yang diberikan satu akal dan sembilan nafsu ini sebenarnya mampu untuk memimpin dan membimbing wanita lain dalam menjalani kemelut kehidupan.Kepakaran dan kebolehan yang dianugerahkan oleh Yang Esa kepada kita yang bernama wanita tidak seharusnya kita pendam tanpa ada usaha untuk menyelongkar kelebihan tersebut. Turunnya kita di tengah masyarakat adalah sebagai model untuk menunjukkan bagaimana sepatutnya menjadi wanita yang berkarier mampu  menjunjung syariat. Selain itu, wanita juga dikatakan sebagai termometer masyarakat dan jika masyarakat ingin mengukur majunya sesebuah negara itu, lihatlah kepada wanita-wanitanya.

Oleh itu peranan yang perlu kita lakukan ;-

Fikirlah!!!!

Rasulullah SAW bersabda:

“Menuntut ilmu itu wajib bagi tiap-tiap orang Islam baik lelaki mahupun perempuan’

(HR. Bukhari dan Muslim)

Hayatilah Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang ertinya:

“Wahai anak Adam, Pindahkanlah simpananmu kepadaKu dan janganlah habis kerana terbakar, banjir dan bukan pula kerana dicuri. Aku akan memberinya kembali secara tunai kepadamu, bila engkau sangat memerlukannya                                                                                                                                           (HR.Baihaqi)

maksudnya:-

-bersedekah dan membelanjakan hartapada jalan Allah dengan niat yang ikhlas, tidak sedikitpun dicampuri perasaan riya’

-berbelanja semua amal perbuatan kita, tidak kira apa bentuknya, baik yang dilakukan oleh lidah, hati, harta dan tenaga mahupun bentuk lain yang dilakukan dengan niat yang ikhlas.

Fikirkanlah!!!!!!

Rasulullah SAW  bersabda:

“Barangsiapa yang menunjukkan (memberikan petunjuk-petunjuk) ke arah kebaikan maka baginya memperoleh pahala seperti orang yang mengerjakannya.”                                     (HR. Muslim)

Hayatilah!!!!!

Adalah merupakan kewajipan bagimu muslimah untuk mendidik anak-anakmu supaya menjadi anak yang soleh dan solehah, berbakti kepada agamanya, negaranya serta mendoakan dirimu.

Rasulullah SAW bersabda:

“Demi sekiranya seseorang mendidik anaknya itu lebih baik baginya daripada bersedekah satu shak (satu gantang)                                                                                                                                                             (HR Tarmizi)

“Tidak ada pemberian orang tua kepada anaknya yang lebih baik daripada budi (pendidikan ) yang baik.”                                                                                                                                                               (HR. Tarmizi)

Renungilah!!!!!!!!!!!!

Rasulullah SAW bersabda :-

‘Seorang perempuan datang mengadap kepada Rasulullah SAW, ia bertanya: Ya Rasulullah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk mengadap tuan. Ada jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menang, mereka akan dapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka akan tetap hidup disisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedangkan kami kaum wanita, kamilah yang memelihara mereka, kami akan memperoleh apa? Rasulullah SAW menjawab: Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai; bahawasanya, taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali diantara golonganmu melakukannnya.”       (HR. Ibn Abbas)

Contoh:

Jika kita tinjau sejarah, dapatlah dikuti bahawa terdapat wanita yang hebat berketurunan bangsawan tinggi,puteri keturunan raja dan mempunyai suami seorang raja pula. Harta kekayaannya yang melimpah ruah itu tidaklah dipergunakan untuk kepentingan diri, beliau hidup sederhana, rendah hati dan mempunyai budi pekarti yang baik.

Di manakah dibelanjakan wang yang banyak itu? Siapakah gerangan nama wanita yang menjadi hiasan sejarah yang mempunyai kepeimanusiaan, yang memikirkan masyarakat umum? Beliau ialah Siti Zubaidah, isteri kepada Khalifah Harun Al-Rasyid yang menjadi khalifah di zaman Daulah Abasiyah.

Wanita bangsawan ini sekalipun hidupnya dalam istana yang serba mewah warisan dari ayahnya yang turun temurun, rupanya pemikirannnya menembusi benteng istana. Selepas ke Mekah, tempat lahirnya Nabi Muhammad S.A.W yang mana negara tersebut dikatakan kekurangan air, lebih-lebih lagi di musim haji. Terpikirlah diminda beliau untuk membuat saluran air dan diusahakannnya membuatnya dari atas gunung Arafah sampai ke Mina dengan pembiayaan yang banyak dan diberi namanya “Birun Siti Zubaidah”.

Rujukan :-

DRS. Kasmuri Selamat “111 wasiat Rasulullah SAW untuk Wanita Solehah” Jasmin Enterprise. Kuala Lumpur.

Ny. Hadiyah Salim, “Wanita Islam, Keribadiannya dan Perjuangannya’ Remadja Karya Cv. Bandung Indonesia.

Enhanced by Zemanta