Dalam melalui ranjau yang panjang, kita sering terlena dengan dengan tanggungjawab sebenar seorang wanita……………… Diri ini hanya memikirkan wanita itu tak ubah seperti buih-buih lautan yang sekadar menghiaskan permandangan yang terbentang luas………… Sedangkan tanggungjawab seorang wanita sungguh besar…. melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang mampu mengubah dunia……
Ibu moden sekarang hanya memikirkan bahawa, jika dia telah melahirkan zuriat yang cerdik pandai, maka itu kejayaan yang besar…. sedangkan didikan agama, doa anak yang soleh dan solehah diketepikan…………… maksiat dibiarkan, anak berdating dianggap sebagai satu perkara biasa, zina berleluasa, minum arak, judi dianggap satu pancaroba kehidupan….. Ia tidak dijadikan sempadan mahupun renungan…….
Kesilapan disusuli dengan kealpaan sering dibiarkan dalam membentuk kehidupan muda mudi kini….Ayuh, bangunlah wahai wanita muslimah, jangan biarkan muda mudi kita hanyut dalam khayalan mereka yang penuh ranjau dan berduri…………. Jangan dibiarkan, ada hati tetapi tidak boleh menilai, ada akal tidak boleh berfikir, ada nafsu tidak boleh dikawal, ada mata hanya mampu memandang……………. Ini tanggungjawab bersama…………….renungkanlah…………