Aku bersyukur sangat hari ini………………mungkin disebabkan merajuk aku itu,akhirnya anak muridku berubah…. kebersihan dan keceriaan kelas menjadi perkara utama…… Aku sedar, semua itu hasil dari hidayah yang Allah berikan kepada mereka….. Siapalah aku tanpaMu wahai Tuhanku….. Kau yang maha mengetahui rintihan hatiku ini……
Aku masih ingat, seminggu aku merajuk dengan mereka…. Diam itu senjataku….. Marah yang teramat disebabkan mereka tidak mempedulikan arahanku….. Sedih, sakit hati bercampur baur…
Pelajar-pelajar perlu ditarbiahkan….. Bukan marah sahaja senjata untuk mentarbiahkan pelajar….. banyak cara yang boleh dipraktikkan…. Hajjah Zaini sering berkata, menjadi guru perlu kreatif…..
Selain itu, kata-kata dari Ibnu Sina “BAGI PARA PENDIDIK, HENDAKNYA IA MENGHINDARKAN MURID-MURIDNYA DARI PENDIDIKAN YANG AKAN MERUNTUHKAN AKHLAK DAN MENYELEWENGKAN MEREKA DARI TRADISI, MELALUI JALAN BIMBINGAN DAN PENYULUHAN, USAPAN DAN BELAIAN, DORONGAN DAN CEGAHAN, PUJIAN DAN MENAKUT-NAKUTKAN APABILA HAL ITU DIPANDANG PERLU.
Kita adalah pelakon sebenar yang terbaik… mana tidaknya, setiap hari, tutur kata, perbuatan, mimik muka seringkali diperhatikan oleh pelajar di atas pentas kehidupan………
Aku masih ingat lagi, Hari isnin, aku agak terkasima menerima nota minta maaf daripada pelajarku…. Tetapi aku cuba mengeraskan hati ini…… Padaku, berani buat, berani juga meminta maaf…………
Dan pada hari yang sama, diumumkan bahawa kelasku merupakan kelas terceria dan terbersih pada minggu lepas…. Ramai yang mengucapkan tahniah kepadaku………… Aku menyangkal dengan berkata apa makna kelas terceria tetapi telah melukakan hati seorang guru….
Mungkin ketika itu aku ego….. aku memalukan pelajarku sendiri…. mungkin perasaan geram masih menghantui diriku ini….. Tuhan, ampunkan diriku ini di atas keterlanjuran kata-kataku itu…..Aku tahu walaupun mereka susah untuk meminta maaf secara bersemuka denganku tetapi perubahan yang mereka lakukan amat menyentuh pintu hatiku ini…..
Petang itu,aku terasa sakit sangat dijiwa ini…. macam ada sesuatu yang cuba mempintal hatiku ini….lantas aku berkata di dalam hati, “Ya Allah, aku ampunkan segala dosa anak muridku kepadaku….aku maafkan mereka walaupun mereka tidak mampu memohon maaf berhadapan dengan diriku ini”
Setelah aku berkata demikian,sakit yang aku rasai semakin berkurangan……. petang itu juga, aku terus sahaja menegur pelajar-pelajarku dan bersama-sama menambahkan keceriaan di dalam kelas….. kata pujangga,memohon maaf adalah perkara yang mudah, tetapi memaafkan adalah perkara yang susah….
Semakin hari, aku semakin senang melihat keceriaan dan kebersihan di kelasku….. Dengan hiasan dipintu, di dinding, pohon-pohon yang menghijau berserta ikan-ikan peliharaan….. Aku amat senang…. segalanya aku bersyukur padaMuTuhan…..