HAMPIR DIBAKAR SEWAKTU NAZAK
SUATU hari seorang wanita datang bertemu Rasulullah SAW.
“Ya Rasulullah, suamiku dalam sakaratul maut,” ujarnya sedih.. Baginda mengenali suami wanita itu. Namanya Al-Qamah, seorang pemuda yang terkenal kuat beribadah dan bersedekah.
“Pergilah melihat Al-Qamah. Perhatikan bagaimana keadaannya.”suruh Rasulullah kepada Bilal, Ali bin Abi talib, Salman Al-Farisi dan Ammar bin Yasir.
Sampai di rumah wanita itu, para sahabat terus membacakan syahadah dicuping telinga Al-Qamah. Tetapi Al-Qamah gagal menyebut kalimah tersebut. Ini mencemaskan para sahabat. Mereka bimbang lelaki itu akan berhadapan dengan nasib yang buruk di akhirat kelak jikalau gagal mengucapkannya sebelum meninggal.
Bilal segera bertemu Rasulullah SAW. Lantas baginda bertanya, “Adakah ibu bapanya masih hidup?”
“Bapanya sudah meninggal dunia, tetapi ibunya masih ada. Dia sangat tua.”jelas salah seorang tetamu yang hadir.
Rasullulah terus memanggil ibu Al-qamah. Baginda bertanya tentang Al-Qamah. Kata wanita itu, Al-Qamah kuat beribadat dan menderma. Tetapi dia amat marah kepada Al-Qamah kerana terlalu menyintai isterinya berbanding dirinya sebagai ibu.
Mendengar cerita itu, Rasulullah SAW terus memerintahkan agar disediakan kayu api untuk membakar Al-Qamah. Tetapi apabila ibunya sedia memaafkan Al-Qamah, Rasulullah SAW menegaskan bahawa sekiranya, seorang lelaki melebihkan isterinya berbanding ibu kandung, maka segala amalan wajib dan sunat yang dikerjakan akan menjadi sia-sia dan tidak berguna.
Al-Qamah dikhabarkan Berjaya mengucapkan syahadah hanya selepas dimaafkan oleh ibunya.
Renungkanlah bagaimana sekiranya dosanya tidak sempat dimaafkan. Ia seharusnya menimbulkan keinsafan di hati kita.