SAMA –SAMA FIKIRKAN………

Hening sungguh pagi ini….. semua pelajar telah berkumpul di surau bagi memulakan budaya Al-Quran….. Muka masing-masing seakan ceria… berkemungkinan akan pulang ke kampung pada petang ini……. Ustaz  Farhan terus memulakan dengan bacaan Asmaul Husna….. dan meneruskan dengan  tafsir  Al-quran, surah Al Rahman….. Ustaz terus berbicara mengenai kejadian lautan yang tidak bergaul antara satu sama lain, sedangkan pelajar pelajar di belakang sedang sibuk mengangguk-anggukkan kepala…. Mungkin tandanya faham atau berkemungkinan juga sedang lena dibuai mimpi indah….. Saya memerhatikan keadaan itu….pada sangkaan diri ini, tentu pelajar-pelajar  ini penat….. Ya mungkin juga… semalam baru sahaja selesai Sukan Tahunan sekolah yang seringkali diadakan setiap tahun…. sebelum itu, pada hari isninnya, diadakan merentas desa…… Bukan wajah pelajar sahaja yang sedemikian, riak wajah guru-guru pun dapat diteka dalam kepenatan…… Mungkin ini dikatakan perjuangan di sekolah ini…. Guru perlu bekerja 24 jam bagi memastikan kecemerlangan pelajar terus diraih….Itu kata-kata yang sering diungkapkan oleh pengetua….Oh …. Tidak beberapa hari lagi pengetua akan bersara…..

Setelah ustaz selesai berbicara, mikrofon bertukar tangan…. memberi keinsafan dan pengajaran secara ikrar di depan pelajar….. Diharapkan pelajar yang tersenarai berbuat demikian akan insaf…..  Pelajar perlu diberikan pengajaran….. Bukan mudah menjalani kehidupan ini jika peraturan tidak disebatikan dalam hidup….. Bukan peraturan manusia sahaja yang perlu diikuti, malah peraturan Allah wajib dilaksanakan……Moga-moga ada yang terkesan dengan tindakan ini…..  dan akhirnya, dan buat kali terakhirnya, pengetua pun  berbicara pada pagi jumaat ini…… banyak yang diperkatakan….. Cuma yang boleh dicoretkan mengenai Solat……. Sedih yang terpancar dari riak wajahnya apabila ditanya, siapa yang sempurna solatnya ketika menjalani kehidupan di rumah….. aduh…… hanya segelintir sahaja….. hukum Tuhan diperakukan begitu, apalagi hukum manusia yang kerdil ini….. bergenang air mata pengetua…..

Petang itu, mesyuarat PIBG berlangsung….. pengetua terus memperkatakan perkara yang sama iaitu SOLAT….ketika itu, saya yang berada di barisan belakang  sedang merapati seorang warden …. Dia terus merungkapkan….. “ kalau tengok pelajar luar, pelajar cemerlang mereka adalah pelajar yang sempurna……” “wajah mereka tenang”…. saya pun mengangguk-angguk tanda  mengakui……sebab saya pun ada pengalaman sedemikian. Dia terus berbicara “ TAPI di sini, sekolah melahirkan ramai pelajar cemerlang tetapi riak wajah mereka tidak ceria dan sejernih pelajar di luar sana”  Hati ini terus terdetik……. adakah ianya berkaitan kesempurnaan solat yang dikerjakan oleh pelajar diluar?????? Mereka di sini diberikan oleh Allah Taala dengan akal fikiran yang mantap,cerdas, tetapi riak wajah tidak sejernih mana….. ketika itu,saya teringat pada tahun lepas, seorang pelajar telah bertanya, “ bolehkah cikgu, orang paksa kita untuk solat Dhuha?” Dan kebetulan juga saya ini dari sekolah agama, saya pun menjawab , “ Cikgu dulu pun masa zaman-zaman macam awak  ini, melakukan perkara tersebut disebabkan ustaz, ustazah yang garang-garang…nampak kelibat  mereka sahaja, hati  dah rasa gerun…kena solat tasbih sehingga tertidur-tidur dalam solat…..  Tiada seikhlas mana pun,tapi dituruti juga disebabkan rasa malu pada kawan-kawan dan guru, walaupun ia berunsur paksaan,  TETAPI DISEBABKAN AJARAN INILAH CIKGU BOLEH BERJAYA SEHINGGA HARI INI….. apa-apa yang diminta semuanya bersandarkan pada ALLAh yang Esa……..”

Terus meminjamkan telinga untuk mendengar ucapan TYDP…… Saya terkesan mendengar  ucapan TYDP yang meminta ibu bapa dan para pelajar mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan guru-guru di sini sebelum melangkah keluar dari sekolah ini …… ini satu teguran yang sangat baik buat ibu bapa…..Anak-anak kita tidak akan berjaya tanpa dorongan, bantuan, tunjuk ajar daripada seorang guru….. Walaupun guru itu hanya mengenalkan anak kita hanya huruf Aliff sahaja. Pelajar-pelajar seolah-olah tidak nampak apa yang dilakukan oleh guru-guru untuk mereka…. Mungkin sangkaan mereka, kejayaan mereka itu adalah hasil usaha mereka sendiri…..ingatlah kata-kata Ilmu yang dipelajari tanpa guru akan menjadikan kita sesat……Belajar-belajarlah menghargai jasa guru……

Renungan…..Sebagai pelajar kita seharusnya bersyukur diberikan guru-guru yang memaksa kita membuat kebaikan…… Keterpaksaan yang sering dilakukan, lama kelamaan akan menjadikan kita sebati melakukan perkara tersebut….Akhirnya keikhlasan pun akan menjelma secara semulajadi berdasarkan keterpaksaan yang dimulakan…..Perkara baik itu susah, perkara jahat itu mudah, syurga Allah itu manis, perjalanan untuk dapatkannya itu pahit….. Moga-moga kami, guru-guru di sini  tidak melahirkan pelajar-pelajar cemerlang  yang tempang dari sudut rohaninya….. moga-moga juga, Allah terus memberikan petunjuk dan hidayah kepada semua pelajar di sini, kerana yang merubah sesuatu itu HANYA DENGAN IZINNYA JUA……

Leave a Comment

Your email address will not be published.