Aku terus menyelak helaian buku 7 Formula Individu yang Cemerlang ditulis oleh Dr Danial bin Zainal Abidin… Aku membeli buku ini sewaktu menjadi guru pengiring pelajar tingkatan 3 bagi menghadiri Program Santai Minda di Melaka… kalau tidak silap aku pada 25 September 2010… Dr Danial Zainal Abidin selalu memberi ceramah berkaitan sains dan islam…Kupasannya cukup teliti dan menarik dengan mengaitkan Al-quran dan hadis…
Apa yang ingin aku kongsikan adalah bagaimana kita sebagai pelajar boleh menjadi CEMERLANG???
Melalui buku tersebut adalah tertulis,formula pertama untuk cemerlang adalah mengenali potensi diri…Sebab kita sahaja yang tahu apa potensi diri kita…. Hatta ibu bapa yang melahirkan kita pun tidak mengetahui sepenuhnya potensi dan kebolehan diri kita sendiri, sebab itulah kita perlu mengilap potensi yang ada pada diri kita… kita tidak perlu berasa inferior atau rendah diri dengan keadaan semasa.
Ini boleh dikaitkan dengan ayat 139, Surah Ali Imran “Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita kerana kamulah sebenarnya orang-orang yang tinggi jika kamu (benar-benar) beriman”
Formula yang kedua adalah ledakkan Taqwa…Taqwa amat berkait rapat dengan hati… hati orang yang cemerlang adalah hati yang suci bersih yang Allah berikan ilham kepada hatinya dengan pelbagai ilmu dan petunjuk..
Melalui hadis nabi :”Takutlah kamu dengan firasat mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah”
Menjaga hati itu penting, kerana hati adalah kuasa dalaman yang sangat unik….ledakkan takwa ini memerlukan pelbagai baja iaitu baja muhasabah, taubat, mujahadah, muqarabah, dakwah, istiqamah kerana melalui taqwa ini akan meledakkan kualiti dalam hidup kita kerana kita mengetahui tujuan hidup di bumi Allah ini..
Formula yang ketiga iaitu lonjakkan ilmu…. Macam mana ye ingin melonjakkan sesuatu ilmu itu???? Ilmu bukan terlonjak hasil keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi sejauhmana ilmu itu dapat diamalkan dengan kehidupan sebenar.. Dengan wujudnya ilmu itu, boleh memandu kita kearah kecemerlangan hidup di dunia mahupun akhirat….
Formula yang keempat iaitu hidup bermatlamat dan berwawasan… Hidup kita perlu ada visi. Apabila ada visi perlu juga strategi kerana apabila kita gagal berstrategi maka gagallah visi dalam kehidupan…
“Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungannya” Al-Baqarah ayat 202…
Allah menuntut kita merancang kehidupan sebelum bertawakal. Strategi yang pernah dipamerkan oleh Nabi Yusuf begitu relevan sewaktu menghadapi kemarau panjang di Mesir… Perancangan yang cukup teliti sehingga membuahkan hasil yang cemerlang.
Formula yang kelima adalah memelihara amanah… Amanah itu penting… kata Imam Al-Alusi ;”Amanah adalah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak-hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan, perkataan ataupun kepercayaan.
Amanah menjadikan seseorang itu sentiasa berhati-hati dalam kehidupan kerana mereka mengetahui bahawa dunia ini telah banyak menghancurkan manusia dengan kelazatan dan keindahannya. Qarun tenggelam kerana hartanya,Firaun lemas kerana pangkatnya, hari ini ramai orang yang tidak normal kerana mengejar glamor.Sebahagian yang lain melupakan batas halal dan haram bagi mendapat sesuatu yang ingin dimiliki…
Formula yang keenam itu berfikiran positif… Mengapa kita perlu berfikiran positif??? Ini kerana dalam kehidupan di dunia tidak dapat dipisahkan daripada ujian dan cabaran… Setiap manusia, ujiannya berbeza. Orang yang Berjaya adalah mereka yang mampu menghadapi segala ujian dan cabaran dengan hati yang cekal. Oleh itu perlulah kita untuk sentiasa mengukir kehebatan di dalam minda.
Semasa ditinggalkan di Mekah, Siti hajar tidak mengeluh dan menyalahkan takdir. Beliau bangun dan berlari-lari antara safa dan marwah bagi mendapatkan makanan dan pertolongan. Akhirnya dari celah bumi yang kering kontang terbitlah air yang mengalir sehinggalah ke hari ini. Iaitu air Zamzam. Begitulah sikap orang-orang yang berjaya. Mereka akan bangun untuk berusaha.
Formula yang ketujuh adalah menyantuni manusia. Menyantuni manusia ini amat penting kerana dengan menyantuni manusia hidup kita akan lebih bahagia dan dipermudahkan.
Kata Stanley lane Poole ; “ Terhimpun pada diri (Muhammad) sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seseorang yang cuba menilainya akhirnya akan mengagumi dan mengasihinya. Persahabatannya tulus, sikap pemurah, keberanian, dan kecekalan yang ada padanya, semuanya mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan kekaguman”.
Kesimpulannya, untuk menjadi orang yang cemerlang, kita perlu mengetahui formula bukannya sekadar sembrono sahaja… Moga perkongsian ilmu ini akan menjadi titik tolak kecemerlangan murid-muridku sekalian……