AIR KOTAK

Milo Drinks
Image by chooyutshing via Flickr


 

Beberapa hari lagi akan menjelang hari guru…. Aku selaku warga pendidik terasa teruja untuk menyambut hari tersebut… ya 16 Mei setiap tahun adalah hari kami guru-guru…. Ketika itu pelbagai ucapan diberikan sama ada melalui telefon, mahupun sms….. kadang-kadang bila dah ramai sangat mengucapkannya, terasa diri ini glamor jua….hehehe……… kalimat ‘guru” memang amat menyenangkan hatiku ini….

Bila aku mula mengajar di sekolah ini.. status lain pula aku perolehi…. gelaran ummi…. mana sahaja aku pergi di pelosok sekolah ini… ada sahaja yang memanggilku ummi…. kadang-kadang terasa malu juga bila pelajar memanggilku dengan panggilan sebegitu di hadapan guru lain….

Wajah-wajah ceria yang lahir dari mimik muka pelajar-pelajar ini menggembirakan hatiku…. Satu ketika dahulu, aku menyangkakan pelajar sekolah ini tidak tahu untuk ceria, ketawa dan gembira…. Muka masing-masing macam kerang busuk….macam orang ingin berperang, serius semacam… Tapi rupanya tidaklah sebegitu….lambaian tangan yang sering mereka hamparkan membuatkan hatiku tersentuh…… Ahh….. bahgianya….

Aku masih ingat lagi ajaran ibuku…. Ibuku juga seorang guru….. mungkin tahun depan ibuku akan bersara menuruti persaraan ayahku pada bulan jun ini….. aku masih ingat…ibuku selalu berpesan, kita dengan anak murid jangan kedekut ilmu, duit mahupun tenaga…. jangan terlalu berkira-kira…. kalau kita berkira sekarang, nanti Allah akan berkira-kira dengan kita…. harta yang kita belanjakan, adalah harta hak kita tetapi harta yang kita simpan adalah harta yang akan menjadi waris kepada orang lain…..

Ibuku mengajarku, kalau boleh setiap kali hari guru, belanjalah anak murid kita dengan sesuatu yang boleh dimanfaatkan…. mungkin hari guru adalah hari kita, tetapi tidak salah untuk mengembirakan orang lain juga…. aku dapat perhatikan setiap kali sambutan hari guru diadakan, ibuku dan  rakannya akan berkongsi kewangan untuk memberikan sesuatu kepada anak muridnya…. kadang-kadang air kotak, kadang-kadang buah appel atau buah limau….. ibuku berkata dia rasa seronok bila melihat pelajar-pelajarnya berebut-rebut untuk mendapatkan sebiji buah… bukan menunjukkan mereka tidak pernah memakan buah, tetapi apabila tengok orang lain memakan buah. Hati mereka akan teruja untuk mendapatkannya….

Bila aku melihat keadaan tersebut, aku cuba meniru cara itu…. ya, keseronokkan dan kebahagian aku perolehi…. tetapi malangnya ketika ku di seri kenangan ini…. ada pelajar yang bertanyakan kepadaku

“Cikgu, kenapa cikgu beri kami air kotak ini, cikgu menang loteri ke semalam?” ujarnya selamba…

Bukan itu sahaja, jika peperiksaan dijalankan aku akan cuba memberikan sesuatu kepada anak muridku supaya ia akan menjadi pendorong untuk berjaya. Walaupun  aku sedar pemberianku ini tidaklah sebesar manapun… Tapi itu  yang aku mampu berikan kepada mereka…

Aku pernah berjanji kepada pelajar untuk memberikan air kotak milo kepada pelajar jika mereka mendapat A dalam peperiksaan Matematik…Lantas seorang pelajar dengan lantang berkata di dalam kelas, “Ahh, jemulah cikgu, asyik-asyik air kotak milo…”

Pedihnya hatiku ini, bukan ini kali pertama aku melakukan sedemikian, sejak aku mula posting lagi…. Walaupun aku pernah memberikan murid-muridku “coki-coki” tetapi mereka tidak pernah bersungut malah berebut-rebut untuk mendapatkannya…..

Betapa hinanya air kotak yang aku berikan pada mereka….. adakah mereka tidak terfikir akan langsung mengenai perasaanku ini…. Adakah mereka ini terlalu kaya sehingga tidak boleh menghargai pemberian orang lain….

Inilah kelemahan anak-anak di sini, cakap dengan guru, macam cakap dengan kawan-kawan… hati guru tidak tahu untuk dijaga….aku menulis bukan untuk mengaibkan, tetapi memberi pengajaran kepada pelajar lain… Jangan mudah untuk menyakiti hti seorang guru walaupun dengan hanya menarik muka masam, apatah lagi dengan kata-kata yang boleh memalukan seorang guru…

Ingat, tanpa restu dan doa seorang guru, kita tidak mungkin akan menjadi seorang yang berjaya.. FIKIR-FIKIRKANLAH ADAB KITA DENGAN GURU, ADAKAH KITA DI ANTARA MEREKA YANG SENTIASA DI DALAM DOANYA???

Enhanced by Zemanta

Leave a Comment

Your email address will not be published.