ADUHAI CINTA……

              Aku menyelak majalah Anis bulan ini… apa agaknya isu menarik  yang ingin ditengahkan…. apa bila anak dilamun cinta…. ehm… agak menarik…. mungkin aku boleh berceloteh  dengan anak  muridku kelak …. mereka ini kalau bab cintan-cintan  laju je…. tapi  kalau aku mengajar kimia tanpa bercerita mulalah masing-masing melentokkan kepala…terutama dua orang pelajar perempuan kat depan mataku ini…. geram betul kadang-kadang…. dari mula aku terangkan permulaan bab  sehingga ke akhir bab, dibantaikan tidur je budak 2 orang ini… aku rasa suaraku dah macam petir, pun  mereka masih boleh terlena….. kalau pelajar tidur waktu guru sedang mengajar, orang akan mempersalahkan guru… guru tidak tahu teknik mengajar sebenarnya, sehingga pelajar terasa bosan…. tetapi kalau kita bercerita bab bab “cinta monyet” ni, ehm….masing-masing tersenyum-senyum sipu, mata terus terang benderang…..adalah perkara yang melayang difikiran….macam  aku tak tahu…..

Aku masih ingat sewaktu menerangkan bab electrolysis, mereka bosan..muka masing-masing monyok…macam kerang busuk…berulang-ulang kali aku mengulangi penerangan…masih tidak faham…aku pun apalagi cubanya mencari idea…..hah………… bila aku bercerita ada seorang ni nama nya katod, dia tertarik pada   dua wanita…. pertama namanya  copper ion yang kedua hidrogen ion, dia beritahu ibunya, yang dia nak kahwin tetapi tidak tahu membuat pilihan. Ibu katod pun berkata, kalau nak pilih, kena pilihlah copper ion  sebab copper ion ni berada di bawah hidrogen ion dalam electrochemical series….. bila aku cerita macam ni …..riuh kelas dengan bunyi Ohhhhhh….

Walaupun aku tahu, konsep kimia ni agak songsang sedikit, tetapi dari mereka tidak memahami satu pun, baik aku terangkan secara songsang…

Dalam majalah tersebut…menurut ustaz Muhammad Khairul Azhar Ghazali, remaja sekolah terlibat dengan cinta terlarang di sekolah kerana ketandusan kasih sayang keluarga terutamanya daripada ayah… pelajar perempuan mudah jatuh cinta pada seorang lelaki bukan kerana si lelaki kacak, tetapi sifat lelaki yang mengambil berat dan memberi perhatian terhadap dirinya… itu sahaja…mungkin betul juga yang cuba diperkatakan oleh ustaz ini…. Seingat aku, anak-anak muridku yang pernah “termengandung” dahulu adalah mereka yang mempunyai masalah dalam institusi kekeluargaan…. Perhatian perlu diberikan kepada anak remaja terutamanya perempuan supaya aliran kasih sayangnya sentiasa berada dilandasan yang benar….

Sebenarnya banyak alasan akan diberikan oleh pelajar perempuan mengenai cinta monyet mereka ini….siapa yang tak nak dikasihi….. tapi siapakah orang  sebenarnya yang layak dikasihi dan dicintai… itulah perkara pokok.. jangan biarkan cinta yang suci dinodai dosa…aku pernah terbaca kata Hamka “CINTA ITU ADALAH PERASAAN YANG MESTI ADA PADA SETIAP DIRI MANUSIA. IA LAKSANA SETITIS EMBUN YANG TURUN DARI LANGIT, BERSIH DAN SUCI. JIKA IA JATUH PADA TANAH YANG SUBUR, DI SANA AKAN TUMBUH KESUCIAN HATI, KEIKHLASAN , SETIA, BUDI PEKERTI YANG TINGGI DAN LAIN-LAIN SIKAP TERPUJI.

Wahai nak muridku sayang…..kita sahaja  yang boleh  memilih siapa yang layak untuk kita cintai dan layak dikasihi… Jangan membazirkan masa dengan cinta yang tiada penghujungnya…. berpijaklah dibumi yang nyata….   Fikir-fikirkanlah sendiri…. Cinta kita diredhai Tuhan atau dimurkaiNya

Leave a Comment

Your email address will not be published.