Aku memerhatikan tajuk buku itu di bilik guru… Terasa ingin membacanya… apa ye yang diketengahkan … tajuk amat menarik… Keesokkanya, aku mengambil keputusan untuk meminjamnya… buku ini diterbitkan oleh sektor pendidikan islam JPN Selangor.
Helaian demi helaian aku selak sambil menghayati setiap isi yang telah dikupas dengan menarik sekali….
Apa tugas guru sebenarnya…? Tersentuh hati ini… adakah aku telah mengamalkan 5M seperti yang telah dinyatakan di dalam buku ini… adakah aku mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru yang memiliki 5M : Mudarris, mualim, muaddib, murabbi lagi mursyid.
1. Mudarris—yang bermaksud pengajar yang menyampaikan ilmu di dalam kelas tidak kira apa mata pelajaran tanpa jemu dan bosan.
2. Muallim– yang bermaksud orang yang memiliki ilmu
3. Muaddib– seorang pendidik adab dan akhlak yang mengajar anak muridnya tentang adab dan tingkah laku yang terpuji.
4. Murabbi—penjaga atau pemelihara.. Iaitu menjaga keperluan dan kebajikan anak didik.
5. Mursyid—iaitu pembimbing jalan yang benar. Bimbing jiwa, bimbing perasaan, bimbing pemikiran supaya anak murid sentiasa berada di landasan yang benar.
Bagi anak muridku di SMK Seri Kenangan, SMK Pasir Gudang 3, SMK (LKTP) Palong Timur, cikgu memohon ampun jika tidak memenuhi saranan yang telah ditetapkan…Cikgu tidak mahu kejayaan yang telah dicapai menjadikan kalian orang yang takbur dan sombong…Mungkin kekurangan pada didikan cikgu yang tidak mampu untuk menjadi kalian orang mengikut resmi padi semakin tunduk, semakin berisi… Moga kalian kelak menjadi seorang insan yang berjaya di dunia mahupun akhirat… Tahniah di atas kejayaan kalian semua… Doakanlah moga cikgu akan menjadi antara mereka bergelar jutawan akhirat…