CERDIK tetapi MATI RASA

Hari ini, hari isnin…. hari pertama persekolahan selepas cuti persekolahan pertengahan penggal pertama…. target PK 2, mesti semua pelajar dapat A dalam matematik….. semangat bagai setinggi gunung… mengharapkan kejayaan pelajar….

Aku bergegas ke kelas, untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru. Aku masuk kelas… tengok keadaan kelas, masih macam biasa, tiada apa perubahan…. sampah bersepah… macam perkara biasa bagi pelajar yang bijak pandai… sedangkan mereka tahu “ kebersihan itu separuh dari iman”.

Aku menegur pelajar, : “saya nak, esok papan kenyataan belakang lengkap dengan nota subjek, tiada sampah di dalam kelas, kalau ada sampah, cikgu akan pungut sendiri tanpa menyuruh anda semua…. jika papan kenyataan tidak lengkap esok, cikgu akan lengkapkan sendiri juga..Biarlah kalau awak tak nak buat, saya buatlah sendiri…”. “Jika kelas kita dapat C, cikgu tak nak bercakap dengan awak selama seminggu”. Itu ugutan aku….

Tiada respon…..

Keesokkan harinya, aku masuk kelas, aku tengok sampah masih ada di hadapan kelas…..

Aku terus memungut sampah tersebut… Muka masing-masing macam tiada  apa –apa yang berlaku… mereka duduk selamba je… macam tiada perasaan…. hati ini pedih jugak… Tak kanlah pelajar ini tak faham ugutan aku semalam…. Ahh… tak pe.. maafkan je…mungkin mereka tak perasan….Tapi tengok di bahagian belakang masih macam semalam, tiada apa perubahan…

Aku tekad, aku akan menyiapkan papan tersebut masa “nilam” nanti…. hati ni geram jugak, rasa nak marah meluap-luap….. Tapi dikawal dengan terus mengajar…..

Masa “nilam”, aku terus ingin menampal bahan matapelajaran…. Seorang pelajar ingin menghulurkan bantuan, aku menolak… kalau nak tolong, perlu tolong siapkan papan kenyataan itu dari semalam, bukan suruh cikgu yang sediakan…. belajar-belajarlah berdikari…  Pandai tapi tiada budi pekerti untuk mengambil hati cikgu… nama ketua tingkatan yang aku suruh ubah pun, tak mahu diubahnya sedangkan ketua tingkatan dah lama bertukar orang… tak kan perkara sekecil itu pun perlu aku yang selesaikan…. MANJA SANGAT………………

Kalau iye pun nak dapat 8 A, tengok-tengoklah sikit mengenai alam sekeliling kita, selesa ke kalau tengok kelas tidak lengkap… BAHAGIA KE KALAU DAPAT KELAS YANG TERKOTOR, BANGGA KE KALAU DIBERIKAN GRED C… TAK MALUKAH, BUDAK HARAPAN 8A, TAPI KELAS MACAM TU…. tak nak belajar mengutip pahala……semua guru PERLU sediakan… kelas yang lain, lagi bagus… semua buat sendiri… guru hanya pemantau sahaja….. dah bersuruh, tak mahu jalan….mengalahkan tukul dengan paku…………..

AKU RASA GAGAL SANGAT MENJADI GURU KELAS TERSEBUT…..kataku tidak diendahkan…macam cakap dengan tunggul….. tidak bergerak satu pun… Baik lelaki mahupun perempuan… sama naik je…..

Kalau macam inilah bakal pelajar cemerlang sekolah…. baik dibuat REFLEKSI semula… layak ke bergelar pelajar CEMERLANG….. CEMERLANG AKADEMIK, TIADA PADA SAHSIAH,TIADA PADA ADAB… APA MAKNANYA???????????

Aku memang cukup marah… tapi marahku boleh dikendurkan …………

Aku anggap tiada seorang pelajar pun dalam kelas tu……. Aku terus menampal kad manila di papan kenyataan sehingga selesai…. sebelum perasaan aku bercampur baur, baik aku keluar dari kelas ini… Air mata mula bertakungan….. Kesedihan mula ku rasai dipintu hati ini….. sedihnya, dapat pelajar yang pandai macam ini… Mati rasa, mati jiwa…. tidak sensitif pada perubahan guru…Aku terus berlalu meninggalkan kelas…

Hari khamis pagi, sewaktu lena dibuai mimpi… Tiba-tiba setiap wajah pelajar kelas ku hadir dalam mimpiku…mereka berkata, “kenapa cikgu tak nak  layan kami, kami bukan ada salah pun dengan cikgu….. Setiap soalan yang kami tanya, tidak berjawab pun…” Aku pun terus menjawab dengan linangan air mata….. “Adakah selama ini awak melayan semua kehendak saya???…. saya suruh hiaskan kelas, sejak hari pertama lagi saya menjadi guru kelas awak, awak buat tak tahu sehingga hampir empat bulan saya  menjadi guru kelas awak…. saya melayan kerenah awak bagaikan anak saya sendiri… Tidakkah awak rasa bersalah jika tidak memenuhi permintaan saya ini…. Tidakkah selama ini awak menganggap saya seperti emak awak di sekolah ini, atau saya yang syok sendiri menganggap awak seperti anak saya sendiri…..” air mata yang berlinangan dalam mimpi…. mengalir diluar mimpi… Aku tersedar, melihat jam pukul 5.45pagi….. Aku merasai mataku berlinangan air mata… Sembab wajahku….

Usaha perlu diteruskan, semangat perlu dikuatkan………………

Jam 1.10 tengah hari,aku menuju ke kelas seperti biasa…. Aku tekad tidak akan mengeluarkan satu suara pun pada hari ini…. Semuanya akan ku tulis di papan hitam…. Aku nak mereka sedar, apa perasaan jika orang tidak pedulikan kita………..

Seperti biasa, sampah tetap ada… Alas meja belakang tetap tak terurus…. Cuma ada sedikit perubahan papan kenyataan telah lengkap tertampal bahan…..Aku terus memungut sampah… memadam papan hitam……mengemas almari….. tepat kata ustaz Suhaimi : “Dulu pelajar-pelajar menjadi hamba pada guru, TETAPI SEKARANG GURU JADI HAMBA PADA PELAJAR”. Sepertimana dewasa ini, ibu bapa kerap kali diperhambakan oleh anak-anak…………

Dalam kesibukan aku menanda buku pelajar…. hati ini terus merintih… Ya allah, lembutkanlah pintu hati pelajarku….. Ya Allah, Kau yang Maha Mengetahui tujuan aku berdiam diri pada hari ini….. adakah tidak menimbulkan penyesalan dihati pelajarku ini…. Aku terus menahan sebak di dada… walaupun mata sibuk memerhatikan jawapan pelajar, tetapi  lodakkan hati Tuhan sahaja yang tahu… Ya Allah, mata ini terus memerhatikan jam yang begitu lambat berlalu… jika ketika ini aku sedang mengajar, sudah tentu, masa itu dirasakan terlalu pantas berlalu….. Kerasnya hati anak muridku…… Tiada terasa satu kesalahan pun yang mereka lakukan terhadap diriku…….

Jam tepat 2.30 petang. Aku bingkas bangun menuju ke hadapan kelas… pelajar terus mengucapkan terima kasih kepadaku, sedangkan hatiku sebak….Inilah guru, kadang-kadang kita mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada anak murid kita, tetapi biasanya apa yang kita harapkan tidak kesampaian…

Sebagai mengubati kesedihan di hati ini, aku terus membuka helaian  buku “La Tahzan” (Jangan Bersedih) “ setelah kesulitan pasti ada kemudahan karangan  Dr ‘aidh bin ‘abdullah Al-qarni bagi mengubati kelukaan ini…

Firman Allah  Ali imran ayat 139

Dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangankah (pula) bersedih hati…….

…… dan janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah selalu bersama kita…. (At- taubah : 40)

Tidaklah mukmin dilanda kecemasan, kelelahan, dan kesedihan, melainkan ALLAH akan hapuskan kesalahan-kesalahannya…(Hadis Rasulullah S.A.W)

Melalui buku tersebut, kesedihan itu hanya memadamkan motivasi, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa….

Ahhhh………….. Aku tidak perlu bersedih lagi…. jauhkanlah kesedihan dihatiku ini Ya Allah…. Biarkan, jika pelajarku menyangka ini cara yang terbaik buat diri mereka untuk berjaya…

Tetapi aku masih terngiang-ngiang  peristiwa sewaktu di sekolah lama… SPM 2007… Aku mengharapkan peristiwa ini tidak berulang……

Seperti biasa, aku akan masuk kelas, tidak terus mengajar, tetapi memulakan 5 minit dengan bercerita… Bercerita tentang kehidupan….

Ketika aku sedang bercerita seorang pelajar lelaki berkata, “cikgu,bila nak belajar ni, asyik bercerita je”… Hatiku terguris mendengar ucapan pelajar tersebut…. Aku terus memulakan pengajaran…… bab Matrik….

Tidak lama kemudian,ujian bulanan kedua berlangsung…. semua pelajar dapat menjawab bab matrik dengan begitu baik sekali…. tetapi pelajar lelaki ini, tinggalkan ruang jawapan yang kosong…. markah yang sentiasa dia perolehi adalah 90 ke atas. Tetapi kali ini hanya 82 markah sahaja… sedangkan dia adalah pelajarku yang paling pintar dalam matematik…

Aku biarkan keadaan itu berlalu tanpa bertanya mengapa dia mendapat keputusan sedemikian… Peperiksaan pertengahan telah berlalu, keputusannya tetap sama, pelajar tersebut membiarkan ruang kosong untuk soalan matrik………….

Dia datang kepadaku pada suatu hari setelah selesai waktu persekolahan…

“Cikgu, kenapa saya tak boleh jawab soalan matrik… saya tengok pelajar kelas yang ke sembilan pun boleh jawab bab tersebut, tetapi saya, setiap kali memandang bab matrik saya je, jantung saya pasti dedau… Gabra semacam….kenapa cikgu?

Aku diam seketika…..Tidak terus menjawab

“Cuba awak refleksi diri sendiri, ada tak kesalahan awak pada sesiapa? Kalau ada cepat-cepatlah mohon maaf, kita kalau salah dengan Allah cepat-cepat bertaubat, tapi kalau salah dengan manusia kena minta maaf”

“Cikgu, saya ada mengecilkan hati cikgu ke? Saya minta maaf…. maafkan saya cikgu, mungkin saya tak perasan apa yang saya tuturkan menimbulkan ketidakpuasan hati cikgu terhadap saya….Maafkan saya cikgu…” Dia terus berbicara dalam keadaan wajah yang sedih…

Aku membalas…“Cikgu maafkan awak, tapi biasalah, kadang-kadang awak tak sedar kata-kata awak menyinggung perasaan cikgu…. Cikgu harap, awak jangan cakap ikut sedap mulut je, terutama pada guru awak”…….. “hati guru, macam ibu bapa jugak, mudah terguris dengan kata-kata atau tindakan kita…..Kadang-kadang kita merasakan tindakan kita itu betul”

Setelah selesai aku memaafkan pelajar tersebut, maka sewaktu percubaan SPM, dia dapat menjawab semua soalan dengan baik termasuk bab matrik….. markah yang diperolehi 98%.. Cuai di bahagian bab garis lurus…

Dari cerita tersebut, aku mengharapkan agar peristiwa lalu tidak menimpa pelajarku di sini…Biarlah mereka sedar seikhlas hati  sebelum terlambat…. Sedar dari hati nurani… bukan terpaksa….. Hati sahaja yang dapat menyentuh hati.. moga-moga Allah tidak takdirkan hati anak muridku “mati rasa”…..Hanya Allah sahaja yang boleh ku kembalikan hati mereka ini………………

Leave a Comment

Your email address will not be published.