GURU JUTAWAN AKHIRAT (II)

         Aku meneruskan pembacaanku…. hah…terasa kerdilnya diri ini berbanding apa yang ditanggung oleh Nabi kita Muhammad SAW…

      Mungkin kita selalu menyangka pelajar yang kita perlu lahirkan adalah pelajar yang mesti lulus dan cemerlang dari sudut akademiknya… tapi kadang kala kita lupa mengenai tingkahlaku atau akhlaknya…  adakah kita hanya ingin melahirkan pelajar yang cemerlang tetapi tempang akhlaknya???? Semestinya tidak….

Ingin aku berkongsi cerita di satu slot dalam buku ini…”Jom ajak orang jadi baik“..

     Pelajar nakal kita marah…. pelajar senyum pun kita marah…. pelajar nak bermanja-manja pun kita marah…. (terasa jugak bila baca bahagian ini) senyumlah sikit…Bukankah seronok mengajar jika kita berbaik-baik dengan pelajar?  walaupun mereka nakal, mereka ada juga hati dan perasaan…. apalah salahnya menyelami hati mereka….

     Geram dengan mereka ke?????????? cikgu tak sabar ke????? sabaaaaaaaaarrrrrrrrrrr… Rasulullah SAW pernah dibaling batu dan najis sewaktu berdakwah…bahkan baginda berbuat baik kepada musuh Islam sehingga mereka mengucap syahadah….

     Kita sendiri belum dibaling dengan batu? Tetapi adakah nabi pernah memarahi orang yang membalingnya… Mungkin kita cuma diejek, ditertawa, atau seteruk-teruknya digores kereta… tentunya apa yang menimpa kiata masih terlalu kecil jika dibandingkan apa yang pernah dialami oleh baginda….

    Kadang-kadang kita berhadapan dengan rakan sekerja yang hiprokrit, tidak mahu bekerjasama dan bermuka-muka.. jangan sedih atau stress… Kita perlu yakin dengan pertolongan Allah yang mungkin datang dari arah yang tidak disangka-sangka…

    Rasulullah SAw tidak menyangka si labah-labah akan membuat sarangnya di gua Thur, pokok renek akan tumbuh di dalam gua, burung merpati akan membuat sarang dan bertelur di hadapan pintu..nabi juga tidak menyangka bahawa si Addas akan beriman kepadanya walaupun bani Thaqif di Taif menolak dakwahnya…

    Ambillah contoh kehidupan Rasulullah SAW… hulurkan tangan pada awal pertemuan. bersalaman akan menggugurkan dosa. Bersalaman juga boleh mengalirkan kasih sayang…. Kita tidak akan dibenci jika kita tahu menghormati.. Jika kita ingin menghormati, kita perlu dahulu menghormati….   

  Guru adalah pewaris nabi..Mewarisi sifat mahmudah dari nabi… segala ujian dan cabaran amatlah berbaloi kerana itulah pelaburan kita untuk jutawan di hari akhirat… ramai orang yang melabur dalam pelaburan yang pasti ditinggalkan, tetapi seorang guru melabur pada pelaburan yang akan di bawa ke akhirat”

        Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan melalui pembacaan buku ini… ia amat memberi motivasi dalam mengharungi kerenah anak murid dan rakan setugas…. Moga-moga usaha murni kita selama ini sebagai seorang guru di pandang mulia di sisi Tuhan…..dan moga -moga juga kita bakal menjadi jutawan akhirat….

Leave a Comment

Your email address will not be published.