WASSINI

Aku membelek-belek buku kecil yang bertajuk “Wassini” di rak almari rumahku… Lama benar aku tidak membaca kata-kata hikmah yang terkandung di dalamnya… Sementara menunggu waktu isyak, aku menghayati setiap bibit kata yang sungguh puitis yang menyentuh sanubariku….. helaian demi helaian aku menyelak….

Aku masih ingat, tajuk buku kecil ini diambil sempena lagu  yang pernah dinyanyikan oleh Waheeda, bertajuk Wassini ( Nasihati Aku)…. famous jugak lagu tu sewaktu aku di tahun akhir UTM….

Setelah puas aku menghayati kata-kata hikmah yang terdapat di dalamnya, aku membaca ruangan depan yang di dedikasikan buat Allahyarhamah Solehah bt Osman, pencetus idea buku ini diterbitkan…. kata yang menyentuh kalbu menyelinap masuk ke dalam setiap ruang di dalam hatiku…. “Teh” gelaran yang agak sinonim dengan dirinya… seorang yang berjiwa kental…

Idea yang diberikan, memberikan saham akhirat buatnya…alangkah beruntungnya….

Apa ye saham akhirat yang telah aku kumpulkan? Aku cuba mengoreksi diri yang hina ini…hampir mengalir air mata…

Aku masih ingat lagi, sewaktu dia dan Wani mula menjejakkan kaki di gelanggang perjuangan bersama ahli PKPIM UTM, dia begitu bersemangat… Wani yang dulunya seorang yang berpendidikan harian biasa mula mengenal mathurat, berjuang dengannya tanpa erti putus asa…..

Proses pengkaderisasian, serah sahaja pada mereka berdua… pandailah dia merancang untuk menarik adik-adik junior untuk bersama kami dalam perjuangan di UTM ini….

Tidak seperti diriku, hanya mampu membawa rakan sekuliah pergi ke usrah … Itu pun tenggelam timbul sahaja mereka…..pelbagai alasan yang diberikan… Aku tiada kekuatan untuk menarik pandangan dan perasaan sahabat sekuliah untuk berjuang bersama-sama kami….

Perjuangan tidak terhad di UTM sahaja, malah sekitar negeri Johor telah kami jelajahi demi membangunkan kesedaran di antara golongan muda, pelajar mahupun orang dewasa…. Pengalaman yang amat sukar aku lupakan……

Teh dan Wani menbuatkan aku menjadi seorang yang matang… perjalanan tahun akhirku tanpa teman sekuliah yang sibuk berpacaran antara satu sama lain, menguatkan semangat untuk tetap utuh dengan PKPIM UTM… merekalah sahabat, merekalah teman…..

Waktu usrah dan program aku manfaatkan dengan memahami erti persahabatan…aku ibarat kakak yang sentiasa berkongsi masalah, suka duka, tangis tawa bersama mereka…. indah sungguh waktu itu…Tiada siapa yang iri hati berkaitan dengan kerja….masing-masing sibuk mengumpul dana untuk akhirat…

Bersambung……………………..

Leave a Comment

Your email address will not be published.