HIDAYAH…………..

2011_1105_193647AAKenapa budak-budak ni tak nak berubah, dah nak exam, perangai masih sama….getus hatiku ini….geram teramat sangat… rasa-rasanya kalau budak yang  suka sangat ponteng dan suka buat perangai ada didepan mataku, dah tentu aku akan kerjakan mereka ini…..hishhhh

Kenapa ye aku terlalu geram dengan perangai sambil lewa mereka???? Mereka semua ni bukannya darah daging aku, bukan anak aku pun….yang aku nak pening kepala nak fikirkan pasal mereka nak buat apa….. getus hatiku lagi……

Sebab, satu je alasannya…………..AKU SAYANGKAN MEREKA….. Aku nak mereka jadi insan bukan sekadar manusia yang hidup sekadar hidup, yang ada mata tidak memerhati, yang ada telinga tidak mahu mendengar, yang ada mulut tak tahu berbudi, yang cukup pancaindera tapi tahu menilai dunia dengan lebih jauh sehingga akhirat kelak…..

Aku mencari motivasi dengan membaca buku  “GURU JUTAWAN AKHIRAT”, walaupun buku ini pernah aku khatamkan satu ketika dahulu…. Tapi aku rasa ini perlu untuk merungkai permasalahan yang aku lalui sekarang ini….

Satu je jawapannya….. HIDAYAH…..

Ye HIDAYAH??????????? Tepat sekali…….mereka tidak diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah…. Allah sahaja yang berhak merubah seseorang….. jika hidayah Ilahi tiada, segala nasihat ibarat mencurahkan air di daun keladi…. Tidak meninggalkan kesan dan berkas di hati…..

Macam kisah bapa saudara Nabi, Abi Talib yang mati dalam kekafiran sedangkan dia lah orang berusaha menolong Nabi ketika susah, orang kanan Nabi, TAPI JIKA ALLAH TIDAK BERIKAN HIDAYAH, kesudahannya begitulah…..

Sedangkan Umar, seorang lelaki hebat yang menentang islam habis-habisan boleh berubah menjadi cair hanya setelah mendengar adiknya Fatimah membacakan awalan Surah Thaha…. HIDAYAH juga puncanya…

Aku ni siapa pada mereka???? Kenapa aku tidak boleh bersabar dengan kerenah mereka???? Sedangkan Nabi telah banyak diuji, nabi masih boleh bersabar…. Bukankah aku umat nabi Muhamad yang perlu mengikut akhlak baginda yang sentiasa sabar dalam ujian….

Ujianku, hanya sekelumit sahaja, tapi sudah menyerah kalah….sudah berputus asa dengan pelajar begini…mana perginya jiwa yang kental dahulu???????????? Sudah hilang dimamah usia????

Seharusnya aku perlu bangkit dari kekecewaan ini.

Berusaha dan berdoa mulai saat ini, agar anak muridku diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan lebih cemerlang daripada sekarang…. Walaupun telah lambat tapi masih sempat untuk mereka berubah…..

Tak perlu nak marah, tak perlu nak bersunggut, tak perlu nak mengumpat pasal perangai mereka ini…. Sebab hati mereka, Allah sahaja yang tahu kuncinya….

Dan mulai saat ini, aku ampunkan segalanya keterlanjuran bicara mereka terhadapku, kekurang ajaran mereka terhadapku, ketidak sopanan mereka terhadapku… dan segala apa yang pernah menyingung hatiku ini……..

Apa yang penting, doakan kejayaan mereka ini di dunia mahupun di akhirat… kerana  DOA SEORANG GURU TIDAK AKAN DISIA-SIAKAN oleh Allah…

Enhanced by Zemanta

Leave a Comment

Your email address will not be published.