SALAM KERINDUAN FILLAH

House of Allah (God)
Image by *Muhammad* via Flickr

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalammualaikum………………………………..

Apa khabarmu di sana……………….

Salam kerinduan fillah pembuka tirai bicara………………..

Semoga dirimu anak muridku, sentiasa di bawah lembayung rahmat serta taufik Ilahi…

Buat renungan diri ini serta muridku tersayang fillah,

Semalam nan berlalu sukar digamit lagi,

Hari ini suatu realiti,

Andai hadirnya esok,

Pastinya bersulamkan rantaian suci……………

MAAL HIJRAH…telah jauh kita tinggalkan, setiap hari yang berlalu menagih suatu perubahan bagi diri ini lalu ia mengundang suatu gelanggang mujahadah yang maha hebat agar tersahut cabaran menuju Allah.

Sejenak… sayup-sayup suatu perasaan menerjah sanubari betapa hibanya diri ini andainya hadirnya Maal hijrah ini adalah kali terakhir buat diri kita ini…………

Pastinya detik-detik kematian kan menjelma menghampiri diri ini seiring dengan gagahnya Malaikat Izrail dengan izin Tuhan mencabut nyawa, Malaikat Raqib & Atid sibuk dengan        komputernya menghitung segala amalan kita, Malaikat Mungkar & Nakir sibuk dengan set perakam videonya memperlihatkan segala rutin diari kita………

Buat renungan diri ini serta muridku tersayang fillah ……..Ingatlah…………

Dunia ini hanya tempat persinggahan satu permainan pentas kehidupan terpalit segala penipuan serta kepura-puraan………

muridku……rinduilah akhirat nan kekal abadi pasti terserlah sinar kebahagiaan serta   keriangan sejati………….

Di lautan dunia ini, badai-badai cabaran sentiasa menjenguk diri tanpa jemu, menggamit hati serta sanubari, lantaran nafsu dan syaitan la’natullah semakin bermaharajarela menghantui diri, agar kita pasrah pada sifat mazmumah, agar putus asa dengan rahmat Ilahi, agar tersisih dari redhaNya, lantas tercampaklah dalam kemurkaan Ilahi…… na’uzubillah.

Buat renungan diri ini dan MURIDKU yang dikasihi fillah………..

Sesekali Allah tidak pernah memungkiri janji-janjinya………..

Setiap kekurangan suatu cabaran……

Setiap kelemahan suatu ujian………..

Pastinya muridku, dirimu tega menongkah badai-badai dugaan di tengah-tengah lautan berapi, biarpun bahtera yang dilayari patah sauhnya, biarpun dirimu semakin lemas tersepit antara bisikan syaitan………antara gamitan Ilahi.

MURIDKU, pastinya dirimu, tetap kukuh dan tetap utuh seiring dengan rahmat kasih Ilahi Maha Luas nan sejati……….. Marilah MURIDKU, andai direnungi setiap kegetiran cabaran nan menimpa para kekasih Allah, para aulia Allah, begitu besar sekali mehnah perjuangan diri, betapa kerdil diri kita ini sebagai insan biasa kadangkala sekelumit cuma dugaan melanda, hati memberontak dan jiwa meronta lantas pasrah bersangka buruk terhadap Ilahi. Zalimnya diri kita MURIDKU bertahun-tahun Allah naungi kita dengan kurnia rahmatNya dan limpah kasihNYa, Cuma seketika Allah uji hati kita dan jiwa kita, lalu perasaan kita merintih menangisi betapa malang nasib diri ini…………..

Mengapa, setelah nikmat kita kecapi, masih lagi kita agih-agihkan yang mana boleh dan yang mana tidak boleh kita lakukan suruhan Ilahi. Sampai hati kita MURIDKU, membiarkan diri kita, hati kita, perasaan kita…………gersang ketandusan santapan rohani dan santapan nur kasih Ilahi. Menzalimi diri sendiri, membiarkan ia tercampak dalam jurang Neraka jahanam nan sentiasa membara menanti mangsanya.

Buat renungan diri ini serta MURIDKU yang dirahmati Ilahi,,,

Bicara Hukamak……. Andai diperlihatkan ahli-ahli neraka pada isi alam maya ini pasti akan mati kita………kerana terlalu ngeri keadaannya…….. Marilah  MURIDKU sama-sama kita mengorak langkah merindui………

Betapa syahdu lambaian syurga ilahi,

Betapa agung arash Ilahi,

Betapa mulia gamitan redha Ilahi,

Betapa luas lautan keampunan Ilahi,

Realitinya…………………………

Betapa jelas kalimah Ilahi, kalam Nya berhemah tinggi, QahharNya tidak bertepi, hikmahNya maha Jabbari…………..

Marilah MURIDKU kita bersama-sama, bangun, beristiqamah diri, tetapkan pendirian, teguhkan hati dan iman, perjuangan diri serta nafsu agar tercapai nur maghfirah serta mardhiah Ilahi…… Memang terlalu derita diri terlalu lemah jiwa dalam pentarbiahan, kerana……………

Syurga itu manis, redha Allah itu mahal, maghfirah Allah itu luas dan darjat mukmin itu tinggi………..

BERMUJAHADAHLAH……………………..

Walaupun pada awalnya terlalu pahit amat sukar tapi itulah permulaan titik nur keinsafan, agar penyesalan tidak melamar diri, kerana  di situlah terselit penawar untuk perubahan serta     kekuatan diri……………

Betapa tinggi kasih Ilahi terhadap hambaNYa sehingga setiap bait-bait firmanNya nan kudus bersulamkan jutaan mutiara nasihat, bicara hikmah, senandung pengajaran, puitis peringatan agar penyesalan tidak membelit, agar darjat insani tidak menyamai darjat haiwan………..

Mahukah kita bertopengkan manusia tetapi berhatikan haiwan,

Mempunyai hati, tidak merenungi kebesaran Ilahi………

Mempunyai mata, tidak memerhatikan keindahan ciptaan ilahi…….

Mempunyai telinga, tidak mendengar peringatan Ilahi

Buat renungan diri ini dan kekasihku……………….

Terlalu dhaif diri ini, terlalu hina jiwa ini, walau saban tika dan waktu mengalunkan     kalimah Ilahi, mendengar serta meyakini Kitabul-‘izzati tapi masih lagi kita biarkan diri kita hanyut di bawa arus keseronokan duniawi………..

Andainya kita terus berusaha mencari redha Ilahi…….

Di situlah terserlah pengampunan Ilahi nan Maha Tinggi……..

Andainya kita putus asa menggapainya………..

Di situlah terserlahlah kemurkaan Ilahi nan maha ngeri………….

Saidina Ali r.a berkata:

Andainya diri inginkan kemesraan Ilahi, kamu hendaklah garang dengan nafsu kamu sendiri. Andainya kamu telah merasai manisnya bertemu Ilahi, pasti kamu akan merasai terlalu pahit berpisah dengan Nya.

Akhir bicara………

Marilah MURIDKU bersama-sama kita mengoreksi diri di bawah lembayung rahmat, redha serta nikmat Ilahi agar nur keimanan berlimpah sejuta karamah serta barakah. Salam sayang dan kerinduan dari gurumu

GURUMU…

(DIUBAH SUAI DARI MAJALAH MAAHAD TAHFIZ KUALA LUMPUR)

?

Reblog this post [with Zemanta]

Leave a Comment

Your email address will not be published.