UJIAN ATAU PEPERIKSAAN

Peperiksaan….peperiksaan….. apa pentingnya peperiksaan ni? Kenapa kena belajar bersungguh-bersungguh????Kenapa mak selalu pesan, belajar baik-baik , pastikan dapat keputusan yang cemerlang…..

 

Jika kita lihat dalam kehidupan seharian kita, secara tidak sedar kita  sebenarnya sentiasa diuji…ujian diberikan tidaklah berupa helaian kertas yang perlu kita jawab…banyak bentuk ujian yang Allah berikan kepada kita…contohnya dapat anak yang nakal, susah belajar, mengantuk dalam kelas, MUDAH bosan..masalah kewangan, perasaan INGIN bercinta dan lain-lain lagi….bagi orang yang beriman,ujian-ujian yang ditetapkan dilalui dengan   sabar…. Orang yang paling banyak diuji adalah mereka yang paling disayangi Tuhan….

 

Ujian mahupun peperiksaan yang kita hadapi dalam pelajaran adalah untuk membezakan siapa yang berjaya atau gagal….. persediaan yang dilakukan dengan begitu jitu, mencerminkan kesungguhan seseorang itu ingin berjaya….. Kita perlu berusaha… walau bagaimana  cara usaha kita lakukan, perlu       mengikut aliran yang ditetapkan…bukannya membabi buta….. sistematik itu penting…

 

Serupa juga dalam kehidupan seharian kita, kita sering diuji…. ujian yang meningkatkan tahap kecintaan kita pada Tuhan…. ujian untuk menguji kekuatan dalaman kita yang hanya bergantung pada Allah Taala….. ujian untuk         membezakan seseorang yang berjaya atau gagal dalam merentasi pentas   kehidupan… Itu semuanya perlukan persediaan awal…. Bukan calang-calang orang yang boleh berjaya dalam pentas kehidupan… kejayaan yang dimaksudkan bukannya menjadi CEO syarikat besar, bukannya menjadi perdana menteri tetapi kejayaan yang boleh membawa kita kepada syurga Allah yang hakiki…..

 

Adakah kehidupan kita ini hanya mengharapkan kejayaan duniawi     sahaja????  Ataupun kehidupan yang hakiki lagi abadi….. pepatah mengatakan dunia ini tempat bercucuk tanam, akhirat sana adalah tempat menuai hasil….

Adakah kita hanya mengharapkan kejayaan 8A sahaja dalam PMR? Atau mendapat  kejayaan 10 A+ sahaja dalam SPM? Atau tidak mengharapkan apa-apa dalam kehidupan ini????

 

Target kehidupan kita bukan hanya ingin berjaya untuk mendapat 8A atau 10A+, tetapi target sebenar kehidupan kita, untuk  berjaya di dunia malah berjaya juga di akhirat kelak….jika kita berusaha mendapatkannya, ganjaran kecemerlangan diberi ketika hidup di dunia lagi, malah diakhirat kejayaan    dinanti….

 

Maka wahai anak muridku, pastikan anda semua berjaya bukan hanya dalam peperiksaan bertulis sahaja, tetapi berjaya dalam erti kata yang sebenarnya iaitu berjaya di dunia dan berjaya di akhirat kelak…. moga kalian semua akan dianugerahkan anak soleh menyejuk hati(qurratun a’yun) buat   ibubapamu….Kami guru-guru hanya mengharapkan yang terbaik buatmu….

Ingatlah pesanan ini…beramallah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhirat  seolah-olah kamu akan mati pada esoknya…… semoga anda berjaya di dunia mahupun akhirat…. salam      peperiksaan dalam kehidupan……

 

 

 

 

 

?

Leave a Comment

Your email address will not be published.