SEKSAAN KE ATAS KAUM WANITA

Saidina Ali menceritakan pada suatu hari dia dan Fatimah R.A  menemui Nabi, dikala itu mereka mendapati bahawa Baginda sedang menangis teresak-esak. Saidina Ali pun bertanya “Wahai Rasulullah, apa yang menyebabkan tuan menangis?” Bagida menjawab “Wahai Ali, pada malam aku dimikrajkan ke langit, aku melihat wanita umatku diseksa dengan  pelbagai bentuk seksaan yang aku sendiri tidak tahan melihatnya. Lalu aku menangis kerana kasihan melihatnya. Diantara seksaan yang aku lihat

1. Aku melihat seorang wanita digantungkan dengan rambutnya dengan keadaan menggelegak otaknya

2. Aku melihat pula seorang perempuan yang digantungkan dengan    lidahnya dan dicurahkan air panas ke dalam halkumnya

3. Aku melihat wanita yang diikat kedua kakinya kedua dadanya,  manakala kedua tangannya diikat pada ubunnya

4. Aku melihat seorang wanita yang digantungkan dengan kedua buah dadanya

5. Aku melihat seorang wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti badan keldainya dia diazab dengan beribu-ribu azab

6. Seterusnya aku melihat seorang wanita dalam rupa seekor anjing yang mana api memasuki mulutnya dan dia keluar melalui duburnya manakala para malaikat memukul kepalanya dengan cemeti daripada api”

 

Ringkasan Sebab-sebabnya keatas seksaan tersebut ialah

1. Wanita yang selalu tidak menutup rambutnya dari pandangan lelaki ajnabi.

2. Isteri yang suka menyakiti hati suaminya dengan kata-kata yang kesat

3. Wanita yang tidak bersuci dari hadas besar dan dia bersembahyang      s ecara main-main dan gopoh-gapah kerana mengejar urusan dunia.

4. Wanita yang tidak mahu melayan suami sebaliknya melayan lelaki lain

5. Wanita yang gemar mengadu domba dan berbohong

6. Wanita yang suka mengungkit kebaikan yang dilakukan  dan gemar berhasad dengki

 

Enhanced by Zemanta

Leave a Comment

Your email address will not be published.